Sunday 26 August 2012

Bertimbang rasa


Assalamualaikum.

Hai! Hey! Hye! Hoi! Holla!
(Okey. Bermacam jenis 'hai' lah saya nak cakap. Harhar.. :p)

Well, bagi saya bertimbang rasa ini penting.
Kalau semua orang dalam dunia ni tak tahu bertimbang rasa..
Hurrr! Tak tahulah apa jadi.
Uols kalau nak tahu, kalau uols tak tahu nak bertimbang rasa, memang orang akan cepat marah.

Let see. Saya bagi contoh ya!

Sekarang ni raya, awak pergi majlis terbuka yang dianjurkan di rumah kawan atau mana-mana.
Masa tu, anda beratur nak ambil aiskrim.
Saya tahu uols benci nak beratur. Saya pun macam tu. Harhar.. :p
Beratur, beratur, beratur..
Tunggu, tunggu, tunggu..
Kita dah tak boleh sabar dah.
Yalah.. Ambil aiskrim pun lembab ke?
Rupa-rupanya orang yang paling depan ; orang yang tengah ambil aiskrim tu tengah sedap menikmati aiskrim macam dah tak ada meja nak duduk.
Mesti awak marah kan?
Sikap orang yang sedap-sedap menikmati aiskrim itu langsung tak bertimbang rasa!
Orang tak bertimbang rasa → membuat orang rasa geram.

Awak semua tahu kalau kita marah, syaitan suka.
Nak syaitan suka? Tak nak kan? :p
So, orang-orang yang selalu tak bertimbang rasa.. Silalah ubah sikap buruk macam longkang tu ya!

*Erti Bertimbang Rasa

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sifat bertimbang rasa dan saling faham memahami memang tidak dinafikan sebagai sifat yang baik, dalam Islam memang dituntut sifat-sifat terpuji ini. Sebagai seorang mukmin, sifat-sifat ini sememangnya dituntut untuk ditunaikan.

Benih rasa simpati atau timbang rasa ini dapat dikesan ada dalam hati bila berhadapan dengan orang yang mendapat kesusahan. Walaupun kita tidak dapat menolong dan membantunya tetapi secara automatik timbul rasa belas kasihan atau simpati itu. Setelah dikesan didapati ada sifat baik ini maka mestilah disuburkan dan dikekalkan. Ini supaya mendorong kita menolong orang yang susah atau sanggup bersusah payah untuk berkhidmat dan berbakti pada orang lain.

Syariat juga menyuruh kita bersimpati atau bertimbang rasa atau bertolak ansur pada orang lain. Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : "Sebaik-baik manusia ialah manusia yang dapat memberi manfaat kepada manusia lain." (Hadis Riwayat Qudha'i dari Jabir)

*Bertimbang rasa terhadap orang bawahan.

Kita perlu bertimbang rasa dengan orang bawahan kita iaitu pekerja atau pembantu rumah, sifat bertimbang rasa ini boleh menjalinkan perhubungan yang baik di antara majikan dengan pekerja.

Diriwayatkan daripada Abu Dzar r.a: “Aku mencerca seseorang dengan memanggil ibunya dengan panggilan yang buruk. Nabi Muhammad S.A.W bersabda kepada ku: “Ya Abu Dzar! Apakah kau mencaci maki seseorang dengan menyeru ibunya dengan panggilan yang buruk? Dalam diri mu masih tertinggal sifat-sifat Jahiliah. Pembantu-pembantu mu adalah juga saudara-saudara mu dan Allah menempatkan mereka di bawah perintah mu. Maka sesiapapun yang saudaranya di bawah perintahnya harus diberi makanan yang sama dengan yang ia makan dan diberi pakaian yang sama dengan yang ia pakai. Jangan suruh mereka mengerjakan pekerjaan di luar kemampuannya dan apabila kamu terpaksa melakukannya, bantulah mereka.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Berdasarkan hadis diatas jelaslah kepada kita bahawa jika kita seorang ketua atau majikan maka sifat timbang rasa dan komunikasi dua hala seharusnya berlaku antara majikan dan orang bawahan. Seseorang majikan atau pun ketua tidak seharusnya mempunyai sikap angkuh pada kedudukan atau jawatan yang disandangnya.

Sikap megah diri akan menyebabkan seseorang majikan itu tidak dapat bekerjasama dengan orang bawahan sehingga menerbitkan perasaan dendam dan benci mereka terhadap ketua. Seharusnya seorang ketua mestilah menghargai setiap usaha yang dilakukan oleh pekerjanya, biarpun betapa kecil kerja tersebut atau ianya belum mencapai piawaian yang dikehendakinya kerana tanpa usaha yang dilakukan oleh orang bawahan mustahil seorang ketua dapat mencapai tahap kecemerlangan.

Justeru jangan menganggap orang bawahan sebagai hamba dan hendaklah menghormati maruahnya sebagai seorang manusia seterusnya memberikan penghargaan seadil-adilnya tanpa adanya sifat pilih kasih.

*Bertimbang rasa terhadap ibu dan bapa dan warga emas.

Sahabat yang dimuliakan,
Bertimbang rasa terhadap ibu bapa, umpamanya jangan meminta sesuatu yang tidak termampu diadakan oleh orang tua kita, sebagai seorang anak perlu menghormati dan menjaga hati mereka supaya tidak terluka disebabkan perbuatan kita kepada mereka.

Sifat bertimbang rasa perlulah menguasai hidup kita dengan sesiapa saja yang kita berurusan, misalnya  jika kita terjumpa warga mas membawa beban berat tolonglah mereka membawanya. Jika kita di dalam bas dan di dapati warga mas berdiri tidak mendapat tempat duduk, kita bolehlah memberinya tempat duduk. Utamakanlah orang yang lebih tua daripada kita jika ia memerlukan . Kerana dengan menghormatinya adalah tanda  adab dan prihatin kita kepada golongan warga mas kerana kita juga akan sampai kepada umur sepertinya.

*Bertimbang rasa antara suami dan isteri.

Isteri  perlulah bertimbang rasa dan memahami akan kemampuan suami, jika suami tidak mampu mengadakan segala kemudahan yang diperlukan, memadailah dengan keperluan asas iaitu pendidikan, makanan, tempat tinggal dan pakaian. Selebihnya berpada-pada dan bersifat qanaah kerana menuntut sesuatu diluar kemampuan adalah suatu yang akan menyempitkan kehidupan.

Suami pula perlu bertimbang rasa kerana keletihan isteri bekerja dan menguruskan rumahtangga, jangan mengharapkan layanan kelas pertama tanpa memberi bantuan untuk melaksanakan secara bersama kerja-kerja rumah seperti memasak, mengemas rumah, membasuh pakaian dan sebagainya.

*Bertimbang rasa terhadap sahabat.

Bertimbang rasa terhadap hajat sahabat  kepada kita perlu diberi perhatian, bantulah seberapa yang boleh, jika dia berhutang daripada kita dan dia belum mampu untuk membayarnya, maka berilah dia tempoh untuk menjelaskannya.

*Erti bertimbang rasa yang kedua berserta sabda Rasulullah S.A.W.

Ingatlah!  Meringankan beban saudara kita bererti kita juga  meringankan beban untuk diri kita sendiri kerana saudara seagama itu adalah saudara kita  dunia dan juga akhirat.

Oleh itu, janganlah kita bersikap tidak peduli atau bakhil terhadap mereka. Perangai dan sikap ini akan merosakkan hubungan persahabatan kita dengan saudara  seagama. Ingatlah sifat bertimbang rasa itu meringankan beban orang lain adalah sifat yang mulia disisi Allah S.W.T.dengan cara ini Allah SWT akan meringankan  beban kita di dunia dan akhirat.

Selain sifat bertimbang rasa, sifat saling faham memahami juga amat penting dalam persahabatan kerana ia adalah sifat terpuji yang harus ada pada setiap muslim.

Sabda Nabi S.A.W kepada Saydina Ali k.w : "Wahai Ali ! Tanda sahabat sejati itu ada tiga iaitu :
1.Ia lebih memperhatikan hartamu daripada hartanya sendiri.
2.Lebih mementingkan dirimu daripada kepentingan dirinya.
3.Lebih menghormatimu daripada kehormatannya sendiri."

Jika sahabat kita berada dalam kesusahan atau mempunyai masalah, bantulah mereka dengan ikhlas dan berilah mereka keyakinan yang kita  sedia membantunya selagi termampu.

Dengan demikian, lakukan dan amalkanlah adab-adab yang dianjurkan oleh Islam ini dalam persahabatan kita agar setiap persahabatan yang dibina menjadi utuh dan kukuh serta mendapat rahmat daripada Allah S.W.T.

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah S.A.W. bersada yang maksudnya, "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya."
(Hadis Riwayat Muslim).

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita membina sifat bertimbang rasa dan faham memahami kepada setiap manusia terutama ahli keluarga, saudara-mara, jiran tetangga, orang bawahan kita, sahabat -handai dan masyarakat semuanya.

Tetapi apa yang menyedihkan kita, ada segelintir manusia hari ini sudah hilang sifat timbang rasa dan saling faham memahami antara satu sama lain. Mereka hanya mementingkan diri sendiri. Sehingga ada anak yang sanggup menyusahkan ibu bapa mereka dengan meminta sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh ibu bapa untuk mengikuti kehendak mereka.

Perselisihan dalam keluarga di antara suami dan isteri hingga membawa kepada penceraian adalah ditahap yang cukup membimbangkan, ianya berlaku setiap hari. Masing-masing pihak  bertegas dengan pendapat masing-masing hingga ruang perdamaian dan berbaik-baik semula menghadapi jalan buntu, hinggakan hilang perasaan belas kasihan melihat anak-anak terseksa kerana perpisahan ibu bapa mereka.

Justeru itu, kalam ini mengajak kita semua, marilah sama-sama kita membina kasih sayang dan bertimbang rasa dengan berpandukan kepada adab-adab dan akhlak yang telah digariskan dalam ajaran  Islam. Semoga kehidupan kita diredai  dan dirahmati oleh Allah S.W.T. di dunia dan akhirat.

Copy+paste : Cemerlang
Okey? Get it. Okey, bye-bye.
Sekian, itu sahaja daripada saya.
Assalamualaikum. :)



Shining the Lightning
Syahirah Suhanna


-@captainsuhanna

Friday 24 August 2012

Study Berdikari


Assalamualaikum.

Hai! Hai! Hai!
Eh. Kenapa mesti ada 3 'Hai' dalam setiap kali entri? 
Harhar.. Entah. Main suka-suki. XD

Entri kali ini berkenaan berdikari. Mestilah semua tahu. Takkan tidak tengok entri. -.-

*Berdikari menurut Kamus Dewan

:  berdiri atas kaki sendiri, tidak mengharapkan orang lain utk menolongnya: belajar hidup ~.

*Berdikari menurut rakan dari facebook.

Nurul Haziqah Hadzrami
Berdikari itu belajar hidup atas kaki sendiri tanpa bantuan sesiapa pun.
: Ahmad Solihin Alfa
Sifat berdikari tidak boleh diwarisi.
Walaupun begitu ia boleh diperolehi.
Maksud berdikari bukan memasak kari.
Tetapi adalah satu sikap menjaga diri.
Hanna Johan Novelis
Istilah berdikari pada pandangan kak Hanna ialah boleh berdiri atas kaki sendiri.
Bijak membuat segala keputusan untuk kebaikan bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk semua orang.
Sentiasa kuat berusaha dengan cara yang halal dan baik jika mahukan sesuatu.
Tidak menyusahkan orang lain.
Namun, landaskan segalanya kerana Allah. 

Kerana walau bijak mana pun kita boleh berdiri atas kaki sendiri, tetapi tanpa restu Allah, semuanya tak akan menjadi.



*Berdikari.

: Kebolehan dan kesanggupan seseorang melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

*Ciri-ciri berdikari. 

: Melaksanakan tugas dengan usaha sendiri tanpa mudah berputus asa dan bergantung kepada orang 
: Positif, tabah hati dan sabar 
: Berusaha, berkeyakinan dan gigih 
: Mempunyai ketabahan mental 
: Mengembangkan bakat dan potensi 
: Tidak bosan untuk berusaha

Awak tahu, hidup berdikari ini mengajar kita pelbagai perkara. :)
Tetapi, berdikari tidak bermaksud kita bebas melakukan apa jua perkara.
Berdikari daripada sudut yang baik. Bebas ada batasnya. ;)

Sekian sahaja daripada saya.
Syahirah Suhanna yang perasan comel 24/7 jam. :p
Assalamualaikum. :)

p/s: Novelis Hanna Johan follow blog saya. Oh! Bangganya! :') 


Shining the Lightning
Syahirah Suhanna


-@captainsuhanna

Sikap sombong tidak ingat bumi


Assalamualaikum!

Hai! Hai! Hai!
Sambil tulis entri ini, saya dengar muzik supaya tidak bosan dan kepala pening dengar bunyi tv yang mampu memecahkan gegendang telinga tu. -.-

Dengan penuh rajin (ceh) dengan bantuan pakcik Google. Saya cari semua yang berkaitan dengan 'sombong' . Diharap awak semua sudi baca. :)

 *Yang ini tiada dalam google. Ia berdasarkan pengalaman saya semata-mata. :)
Contoh orang sombong dalam laman web sosial seperti facebook dan twitter.

→ Tidak melayan orang yang ingin berkawan dengan nya. Tetapi hanya melayan budak yang popular dan seumpamanya.
: Ingatlah. Awak sudah menggores hatinya. Kecil hatinya diperlakukan sebegitu. Kemungkinan dia akan tawar hati mahu berkawan awak tahu! Bayangkan kalau hampir semua rakan facebook dan followers twitter awak perlakukan sebegitu. Pasti awak tidak akan ada kawan disebabkan perangai awak! 

* Larangan sombong dalam islam.

Suatu hari mungkin kita menemui suatu kemudahan dalam urusan kita. Orang lain bertanya kepada kita bagaimana cara anda menyelesaikan persoalan tersebut. Dengan lantang dan bangganya anda menjawab "Siapa dulu. Ini semua berkat usaha keras saya."

Nah, dari contoh di atas kita sering membanggakan diri kita, dan merendahkan orang lain yang kita anggap di bawah kita kedudukannya. Atau mungkin merasa memiliki sesuatu yang lebih dari orang lain. Sehingga mengejek atau bahkan merendahkan martabat orang lain. Na'udzubillah

Kita tidak mengetahui siapa zat yang memudahkan urusan kita hingga berhasil seperti itu. Kita tidak menyadari, bagaimana seandainya kemudahan itu tiba-tiba hilang saat kita sedang membanggakannya. Atau mungkin saat itu nyawa kita dicabut sehingga kita menjadi orang yang merugi karena mati dalam keadaan su'ul khatimah (mati dalam keburukan)?

Disinilah, saya berusaha membahas mengenai larangan sombong dalam Islam. Sampai-sampai Rosulullah saw sendiri sangat membenci orang-orang yang sombong. Mari kita simak ulasan berikut.

* Pengertian sombong
Sombong adalah membanggakan diri sendiri, mengganggap dirinya yang lebih dari yang lain. Membuat dirinya terasa lebih berharga dan bermartabat sehingga dabat menjelekkan orang lain. Padahal Allah telah melarang kita dalam QS. Al Luqman {31}:18
"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri"

Sementara itu ada sebuah teladan yang di ambil dari Adz Dzahabi
Adz Dzahabi rahimahullah berkata, “Kesombongan yang paling buruk adalah orang yang menyombongkan diri kepada manusia dengan ilmunya, dia merasa hebat dengan kemuliaan yang dia miliki. Orang semacam ini tidaklah bermanfaat ilmunya untuk dirinya. Karena barang siapa yang menuntut ilmu demi akhirat maka ilmunya itu akan membuatnya rendah hati dan menumbuhkan kehusyu’an hati serta ketenangan jiwa. Dia akan terus mengawasi dirinya dan tidak bosan untuk terus memperhatikannya. Bahkan di setiap saat dia selalu berintrospeksi diri dan meluruskannya. Apabila dia lalai dari hal itu, dia pasti akan terlempar keluar dari jalan yang lurus dan binasa. Barang siapa yang menuntut ilmu untuk berbangga-banggaan dan meraih kedudukan, memandang remeh kaum muslimin yang lainnya serta membodoh-bodohi dan merendahkan mereka, sungguh ini tergolong kesobongan yang paling besar. Tidak akan masuk surga orang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan walaupun hanya sekecil dzarrah (anak semut), la haula wa la quwwata illa billah.”














* Jangan sombong! 

Eits.. tunggu dulu. Kita ingin selamat dunia ataukah dunia-akhirat. Sebab, kita tentu masih punya kewibawaan meskipun sikap kita tidak berbanggga-bangga diri. Bahkan orang lain akan lebih menghargai dan menghormati kita karena kita menghargai orang lain. Bahkan Allah menantang kita dalam QS. Al Isra’ {17}:37


"Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung."

Wah, tentu kita keberatan bila kita disuruh menembus bumi dan tinggi badan kita tidak dapat menyamai gunung-gunung yang ada di Bumi. Bagaimana caranya? Terkadang untuk melakukan sesuatu kita juga butuh orang lain. Meskipun kita berkuasa, toh ujungnya kita memerintahkan orang lain berbuat sesuati. Bukankah begitu? Begitu saja kok sombong?

Oleh kerana itu. seharusnya kita tidak boleh sombong. Hargai orang lain dan perdulikan nasib orang lain. Sebenarnya ini merupakan pelajaran bagi kita khususnya pemimpin-pemimpin negeri ini. Jangan sampai mengorbankan rakyat hanya untuk keperluan pribadi.

Ingatlah, kelak kita akan dimintai pertanggungjawaban di hadapan Allah Tuhan semesta
alam. Siapkah kita? 



Copy & Paste : Kehidupan Islam

Sekian. Itu sahaja daripada saya.
Assalamualaikum. :) 


Shining the Lightning
Syahirah Suhanna


-@captainsuhanna