Friday, 24 August 2012

Study Berdikari


Assalamualaikum.

Hai! Hai! Hai!
Eh. Kenapa mesti ada 3 'Hai' dalam setiap kali entri? 
Harhar.. Entah. Main suka-suki. XD

Entri kali ini berkenaan berdikari. Mestilah semua tahu. Takkan tidak tengok entri. -.-

*Berdikari menurut Kamus Dewan

:  berdiri atas kaki sendiri, tidak mengharapkan orang lain utk menolongnya: belajar hidup ~.

*Berdikari menurut rakan dari facebook.

Nurul Haziqah Hadzrami
Berdikari itu belajar hidup atas kaki sendiri tanpa bantuan sesiapa pun.
: Ahmad Solihin Alfa
Sifat berdikari tidak boleh diwarisi.
Walaupun begitu ia boleh diperolehi.
Maksud berdikari bukan memasak kari.
Tetapi adalah satu sikap menjaga diri.
Hanna Johan Novelis
Istilah berdikari pada pandangan kak Hanna ialah boleh berdiri atas kaki sendiri.
Bijak membuat segala keputusan untuk kebaikan bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk semua orang.
Sentiasa kuat berusaha dengan cara yang halal dan baik jika mahukan sesuatu.
Tidak menyusahkan orang lain.
Namun, landaskan segalanya kerana Allah. 

Kerana walau bijak mana pun kita boleh berdiri atas kaki sendiri, tetapi tanpa restu Allah, semuanya tak akan menjadi.



*Berdikari.

: Kebolehan dan kesanggupan seseorang melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

*Ciri-ciri berdikari. 

: Melaksanakan tugas dengan usaha sendiri tanpa mudah berputus asa dan bergantung kepada orang 
: Positif, tabah hati dan sabar 
: Berusaha, berkeyakinan dan gigih 
: Mempunyai ketabahan mental 
: Mengembangkan bakat dan potensi 
: Tidak bosan untuk berusaha

Awak tahu, hidup berdikari ini mengajar kita pelbagai perkara. :)
Tetapi, berdikari tidak bermaksud kita bebas melakukan apa jua perkara.
Berdikari daripada sudut yang baik. Bebas ada batasnya. ;)

Sekian sahaja daripada saya.
Syahirah Suhanna yang perasan comel 24/7 jam. :p
Assalamualaikum. :)

p/s: Novelis Hanna Johan follow blog saya. Oh! Bangganya! :') 


Shining the Lightning
Syahirah Suhanna


-@captainsuhanna

No comments:

Post a Comment