Tuesday 18 September 2012

Bodoh vs Pandai

Pada suatu petang, seorang tukang gunting rambut sedang bekerja. Ketika sedang menggunting rambut pelanggannya, dia pun memulakan bicara.

Tukang gunting rambut : Abang.. Kalau abang mahu tahu, dalam pekan ini ada seorang budak yang bodoh.

Pelanggan : Bodoh sangatkah budak itu? *mula tertarik*

Tukang gunting rambut : Hahahah! Dia memang bodoh. Mari saya buktikan kepada abang. Abu! Abu!

Dia dengan segera memanggil-manggil budak tersebut.

Abu : Ya, pakcik!

Tukang gunting rambut : Abu, pakcik mahu bagi kamu duit. Ambillah.

Tukang gunting rambut itu menghulurkan satu not RM 1 di tangan kanannya. Manakala not RM 10 di tangan kirinya.

Abu menambil not RM1 itu lalu berlalu pergi setelah mengucapkan terima kasih.

Tukang gunting rambut : Abang tengoklah. Betapa bodohnya budak itu. Hahahah!

Pelanggan : Hmm.. betul kata awak!

Tukang gunting rambut dan pelanggannya terus mentertawakan tindakan Abu itu. Ali yang turut menyaksikan kejadian itu berasa pelik lalu bertanya kepada Abu.

Ali : Weiyh. Kenapa kau tak ambil RM 10 tu?

Abu : Buat apa aku nak ambil?

Ali : Betul cakap tukang gunting rambut. Kau memang bodoh.

Abu : Hahah! Ali, tukang gunting rambut tu dah bagi aku RM 1 sebanyak beratus-ratus kali. Kalau aku ambil RM 10 tu, permainan tamat!

Ali : Hahahah! Kau memang bijak!

Moral of the story → Jangan ikut suka hati kata orang bodoh. Silap haribulan, kau yang dibodohkan. XD

No comments:

Post a Comment