Saturday 15 September 2012

Tips menjaga wajah dengan betul


Assalamualaikum!

Hye! Hye! Hye!
Entri kali ini ialah tips untuk mencuci wajah dengan betul.

Okey. Seperti yang uols tahu, (mungkin ada yang belum tahu. Heheh..)
Kalau tidak menjaga wajah dengan betul, pelbagai masalah akan timbul.
Masalah? Ops!
Bukan masalah seperti kes buli di sekolah, ya!
Maksud saya, pelbagai perkara akan tumbuh dengan subur di wajah itu.

Seperti jerawat, pori yang besar, bintik hitam dan lain-lain lagi.
Sudah semestinya uols benci semua tu. -.-
Saya pun benci, okey! :p

Heheh.. Sudah mula marah?
Bertambah kedut di muka itu nanti!
Okey, kita teruskan.

Langkah Pertama - lap wajah yang berminyak/berpeluh dengan tuala yang bersih. Lepas itu, basuh wajah dengan air suam bagi membuka liang pori-pori.
Langkah kedua - apabila liang pori-pori terbuka, ia lebih senang untuk menyerap ke dalam wajah.
Langkah ketiga - ratakan dan urut pencuci muka.
Langkah keempat - gunakan air sejuk setelah sudah siap 'manyapukan' pencuci muka di wajah. Ia bagi menutup liang pori-pori.
Langkah kelima - lap wajah dengan tuala bersih. Lebih bagus lagi, pakai losyen. Ia bagi melembabkan kulit wajah.
Langkah keenam - lebih bagus untuk menutup liang pori-pori dan make-up tahan lama, pakai toner. Lepas itu, tekup wajah dengan ais sehingga rasa kebas. 

Okey. Saya sudah habis.
Maaf akibat sikap saya yang merapu pada entri ini.
Mahu buat bagaimana, sudah bosan. -.-
Sekian,
Assalamualaikum. :)

Shining the Lightning
Syahirah Suhanna

@captainsuhanna

No comments:

Post a Comment