Tuesday 11 September 2012

Introduction of Miss Peah


Assalamualaikum

Hai! Hai! Hai!
Eh... Eh... Peah terikut trademark Suhanna pula.
Uols kalau nak tahu, Suhanna senang mengamuk sampai menangis bila orang copy+paste perkara yang berkenaan dia.
Kalau tak nak rumah terbalik, baik jangan cari pasal.
Heheh! Suhanna jangan marah ya?
Janganlah...
Bertambah kedut di muka nanti. XD

Seperti yang uols tahu...
Suhanna dah buatkan watak bernama Peah.
Suhanna siap bagi 1 entri khas untuk Peah memperkenalkan diri!
Terima kasih daun keladi, Suhanna! Lain kali, bagilah lagi setiap hari. XD

Bila Suhanna bagi Peah tulis 1 entri kan, rasa nak terbang uols!
Ada ku kesah kalau uols cemburu? :P

Okeylah. Asyik chit-chat saja. Suhanna dah buat muka annoying.
Menyampah Peah tengok! :P

Inilah dia biodata Peah yang berharga 1 juta.
Nama penuh : Syapeah binti Syapein.
Nama glamor : Peah.
Umur : Tonight... We Are Young! So Let set the world on fire! Eh?
Hobi : Suka menyampuk – mencelah – menggedik – mengacau Suhanna dalam blog ni.

Ini ada pesanan berkenaan Peah daripada Suhanna.
Ish! Dia ni, menyibuk saja! :(

Ucapan Suhanna yang langsung tak baik :

“Hai uols! Peah baik tak? Langsung tak baik kan? XD
Kurang asam sampai tak boleh tambah garam betul si Peah ni!
Sedap kau mengata aku ya, Peah? -.-
Okeylah. Berbalik kepada tajuk.
Tujuan saya mencipta watak Peah dalam blog purplez ini hanya ada 2 sebab.
Iaitu :
  1. Menceriakan blog purplez.
  2. Taklah saya nampak macam orang gila bila cakap seorang. :P
Itu saja. Kalau tak puas hati, sila message saya melalui facebook atau komen di bawah entri ini.
Saya sebenarnya dah biasa dengan orang yang tak puas hati ini. Sampai naik muak pun ada.
Ada pepatah khas daripada saya buat orang yang tidak puas hati :

'Orang yang selalu tidak puas hati,
Ialah orang yang sangat busuk hati.'

Hahahah! Terasa? Baguslah. Diharap ubah perangai, ya?
Okeylah. Bye uols! Peah dah ugut nak bunuh diri. Ceh, bukannya panjang ucapan saya kan?
Gediklah dia ni. Fine, bye!”

Panjangnya! Ini bukan entri yang sepatutnya Peah tulis seorang diri ke?
Suhanna tidak adil! :(
Ah, biarlah! Nanti Peah mencelah juga dalam entri dia. Hikhik...
Bestlah pula bila dapat menyibuk dalam blog ni.

Okey, ini yang terakhir.
Peah belum makan lagi. Lapar uols!
Uols boleh follow Peah dalam twitter.

Hakikatnya Peah tak ada twitter. -.-
Jadi, uols follow Suhanna sajalah.
: @captainsuhanna

Okeylah. Bye..!
Assalamualaikum.

Dengan senyuman yang cantik mengalahkan Neelofa,
Syapeah.
-Yang lebih cun daripada Suhanna

No comments:

Post a Comment