Friday 7 September 2012

Puasa di Bulan Syawal

Assalamualaikum.

HAI! HAI! HAI!
Rasa bosanlah pula ikut trademark dekat atas.
Awak semua ada rasa sampai nak muntah tak? Muntah darah ke?
Tak ada? Bagus. Tak adalah kena saman nanti. XD

Uols see the entry?
Nampak kan? Of course lah nampak.
Alamak! I'm so annoying.. o.o

Biarlah kalau saya annoying.
Janganlah sampai cakap saya tak sedar diri.
Ingat saya robot?
Tak ada emosi?
*beremosi*

Okey. Kita sambung terus ya?
Saya sibuk. Nak buat belambak entri. XD
Sesiapa yang mahu puasa 6,
Buat pengetahuan anda, 17 September sudah 1 Zulhijjah. Sempat lagi kut.

Niat puasa 6 :

"sahaja aku puasa sunat bulan syawal kerana Allah swt"

Puasa 6 :
 
Menurut sunnah yang sahih, seseorang hendaklah berpuasa enam hari di bulan syawal. Bagi yang mempunyai puasa qada’ (ganti), afdal mendahulukan qada’ puasanya yang ditinggalkan, kemudian diikuti puasa sunat syawal. Ini kerana, puasa qada’ adalah wajib sedangkan puasa enam syawal adalah sunat. Menurut kaedah usul, perkara wajib hendaklah di dahulukan berbanding perkara sunat.

Selain itu, tidak disyaratkan seseorang berpuasa enam secara terus menerus. Dia boleh memisahkan antara hari-hari tersebut kerana tidak ada dalil yang jelas menunjukkan perbuatan salafussoleh berpuasa secara terus menerus. Namun, tidak bermakna ia tidak boleh dilakukan begitu.

Ada juga yang menyuarakan persoalan hukum membaca niat dua kali. Niat dua kali sebenarnya bukan niat yang kena baca dua kali tetapi kita berniat puasa ganti dan Allah memberi kita pahala atau dua kebaikan iaitu pahala qada puasa dan juga pahala sunat puasa 6.

Bagi orang perempuan, bolehlah mengganti atau mengqada puasa ramadhan kita dengan awal, tak perlulah menunggu sampai tibanya bulan rejab/ syaaban tahun hadapan pula. Semoga amalan puasa qada dan puasa sunat kita tahun ini diterima Allah S.W.T. Paling penting jangan lupa supaya meng’qada’kan puasa terlebih dahulu sebelum berpuasa sunat 6 ya. Wallahualam. Selamat menjalankan ibadah.

Sekian sahaja daripada saya.
Eh, geram pula aku dengan garisan ni. -.-
Okeylah. Assalamualaikum. :)

Shining the Lightning
Syahirah Suhanna

-@captainsuhanna

No comments:

Post a Comment