Friday 7 September 2012

Getting Clumsy


Assalamualaikum!

Hai! Hai! Hai! :D
Apa khabar? Sihat?
Tak sihat? Cepat-cepatlah berlari dan geledah dapur untuk cari ubat, ya!

Uols perasan kan, saya dah delete entri pertama sekali?
Tak perasan? Tak apa. Saya dah perasankan dah. :P
Perasan juga kan dengan perubahan tulisan?
Ada orang mengadu pada saya bahawa tulisan sukar untuk dibaca.
Saya pun tidak suka sebab susah mahu buat simbol 'smiley'. -.-

Uols perasan kan yang...

“Sudah. Sudahlah nak cakap 'uols perasan' tu, Suhanna. Mana diorang nak perasan. Diorang tengah khusyuk baca entri kau ni.”

Eh, sibuk lah kau Peah.
Oh ya! Memperkenalkan Syapeah atau nama glamor yang langsung tak glamor nya, Peah.

“Hai uols! Sambunglah baca. Peah hanya menyelit bila perlu sahaja. Maklumlah, Suhanna ni kedekut! Tak mahu bagi Peah satu entri pun untuk memperkenalkan diri.”

Sedap mulut kau mengata aku kedekut ya, Peah?
Mesti sedap kalau dapat sumbat cili satu pokok. -.-
Okey, fine! Nanti Suhanna bagi Peah satu entri.
Jangan panjang lela sampai 3 hari 3 malam tak habis baca!

Yay! For the first time Suhanna jadi baik nak mampus.”

Baik tak nak mampus.
Kau minta nak mampus. -.-

“Yalah! Yalah! Peah pergi sekarang. Nak promote tudung saji dekat Tesco. Bubye uols!”

Peah nak buat apa jual tudung saji dekat Tesco? Peah tak pernah cakap pun Peah kerja dekat Tesco.

Kenapa? Hahahah! Entah kenapa Peah rasa lawak nak jawab. Okeylah, biar Peah terus-terang hingga benderang. Seperti yang uols tahu, zaman sekarang fesyen tutup aurat @ gadis berhijab hanyalah janji ada benda tutup rambut. Benda lain tak mahu tutup pula. Jadi, lebih baik Peah jual tudung saji. 2 in 1 uols! Boleh diguna untuk tutup makanan dan juga untuk tutup rambut. Siapa berminat, boleh call 999. Boleh cuba banyak kali kalau nak merasa masuk lokap. Lepas itu penjara (bagi yang dewasa) atau sekolah juvana (bagi yang remaja). Ahaksss!”

Panjang betul jawapan kau Peah. Memang ada risiko nak kena baling tudung saji kalau diorang baca komen kau, tahu!

“Alahai... Uols terasa ke? Baguslah. Orang yang terasa lebih berdosa daripada orang yang membuatnya terasa. Nak tahu kenapa? Suruh Suhanna buat entri. Bila dah dengar komen Peah tadi, harapnya uols berubah kearah kebaikan ya! Tak apa, Suhanna ada. Uols baca entri dia setiap hari. Email dia kalau mahu lebih tips dan pendapat yang uols malu nak komen dekat bawah entri ni.”

Kau ni Peah. Aku rasa macam kau pula owner blog ni. -.-
Memandai saja cakap aku nak buat entri! Podahhh! XP

“Alah! Bila dapat peluang yang baik, jangan dilepaskan! Lagipun Peah dapat tulis pun sekejap.”

Peah... Bos kau call. Dia nak buat kau jadi pisang goreng kalau kau tak datang kerja sekarang.

Hah? Oh My Gucci! Dah lambat! Dah lambat! Okeylah uols! Nak email Suhanna kan? Email kepada syahirah.anna.98@gmail.com, okey? Bubye uols! Enjoy the entry!

Sempat lagi ya kau nak kenyit mata kepada visitors aku? -.-

Okeylah, sekarang ini jangan lagi fokus pada Peah yang err... itu.
Buat pengetahuan semua, saya sudah delete entri yang ada perkataan ;
“What's the matter with ___”
Serius! Memang terserlah sikap buruk saya yang saya sendiri tidak suka.
Tidak matang, gedik dan annoying.
Jadi, sudah tiba masanya untuk saya lebih matang. Ceh!

Setiap hari, saya akan cuba sedaya-upaya untuk buat sekurang-kurangnya 1 entri.
Saya juga sedaya-upaya tidak akan tergoda untuk bermain facebook dan twitter serta berskype. Heheh!

Mungkin ada yang sudah baca entri pertama saya dan mungkin juga ada yang belum.
Umur saya, kekal rahsia! Bukan 13, 14 mahupun 15 tahun! Pandai-pandailah teka ya? Yang penting saya bukannya berumur sehingga dipanggil 'makcik'.
Eiii! Rasa mahu muntah bila terbayang orang panggil saya makcik.

Seperti yang uols perasan juga. Heheh!
Sebenarnya uols mana perasan pun. XD
Saya sudah perbaiki cara penulisan saya pada entri yang lepas yang memang gedik tahap menyampah! Jadi, dijamin selepas ini uols tidak akan muntah bila buka blog saya.

Sebenarnya tanpa uols beritahu pun, saya sudah tahu.
Sikap saya memang annoying kan?
Kan? Kan? Kan?
Suka kacau kan? Dalam kotak chatting kan?

Jadi, mulai sekarang (3:47 a.m. , 07.09.12) saya tidak akan kacau lagi.
Malulah mahu jadi annoying!
Terasa seperti tunggul kayu pun ada.

Mulai sekarang juga,
saya mahu ubah gaya penulisan saya dengan lebih matang.
Saya juga akan ubah sikap saya dan buang sikap yang buruk itu jauh ke Kutub Utara.

Okeylah.
Saya mahu tidur. Tengkuk pun sudah sakit minta bantal yang empuk itu!
Saya pun risau juga kalau saya semakin lama menulis, saya akan lebih annoying!
Oh ya, jangan lupa untuk follow blog saya ya?
Jasamu akan kukenang! Ceh. :D

Selamat malam! (Secara teknikalnya, sekarang sudah selamat pagi. Cuma belum subuh.)
Assalamualaikum! :)

Shining the Lightning
Syahirah Suhanna

-@captainsuhanna

No comments:

Post a Comment