Friday 14 September 2012

Tips peperiksaan by myself.



Assalamualaikum.

Hai! Hai! Hai!
Kali ini, saya sendiri turun blog untuk bagi tips.
Okey.
Masa nak tulis entri ini, teringat pula bila skype dengan bestie saya pada malam hari isnin.
Saya ajar dia math. Okeylah, saya boleh dikatakan hebat dalam math.
Okey, saya mengaku. XD
Kita mula sekarang. Kalau tak sampai besok tak habis merapu.


Menghafal
Beberapa orang menghadapi kesukaran untuk menghafal. Mungkin sebab berasa pening apabila melihat buku.
Di sekolah saya, cikgu suka adakan pop kuiz. Yup, best sangat cikgu. Sampai hari-hari kan? -.- Cikgu selalu cakap, "Baiklah. Kamu ada 5 minit untuk tengok muka surat 30 dan 31." (Muka surat itu, bukanlah hari-hari yang sama.) Jadi, teknik saya ialah saya akan baca perkara penting yang perlu dihafal. Sambil itu, mulut saya akan berkumat-kamit. Lepas dah yakin saya dapat tangkap, saya akan letak tangan atau tutup mata. Sambil itu, saya akan cakap sendirian untuk mengingati apa yang sudah dihafal. Kalau ada terlupa sedikit, jangan paksa diri! Tengok sahaja buku itu. Buat perkara yang sama sehingga awak betul-betul hafal.
 
Di dalam kelas 
Sentiasa tumpukan perhatian dalam kelas. Yang lelaki, jangan asyik nak main dengan kawan dan mengusik perempuan. Nanti ada juga kasut terbang. Yang perempuan pula, jangan asyik mahu bergosip. Amboi! Aku sumbat mulut kau dengan cili hijau 10 paket. Confirm seminggu jadi bisu.
 
Buat nota kecil
Tips ini, cikgu pendidikan seni saya yang ajar. Mungkin sebab masa itu saya dapat D. Nasib tak gagal semua subjek. Nasib juga ada A. Heheh! Begini, awak ambil satu kertas A4. Kemudian, lipat dan lipat sehingga boleh muat untuk masuk ke dalam poket. Lepas itu, perasan tak ia akan terbentuk jadi ruangan petak secara tak langung? Dalam ruangan itu, tulislah nota. Hasil garisan akibat lipatan boleh dijadikan sebagai garisan halimunan. Ketika masa lapang, bolehlah baca nota. Tidak perlu susah-payah dan ada alasan untuk bawa buku.

Perbaiki subjek yang lemah
Okey. Perbaiki subjek yang lemah dan lebihkan ke arah subjek itu. Subjek lain yang mungkin awak sudah pro itu, kekalkan. Ada masalah, rujuk buku atau tanya pada cikgu.


Solat dan berdoa
Dua perkara ini amat penting. Tetapi, janganlah hanya bergantung kepada doa semata-mata. Mana usaha awak?
 
Buat jadual 
UPSR dah habis. PMR dan SPM nak dekat. Tak ada jadual lagi? Ya Allah! Pergi buat sekarang. Yang penting, masa belajar sentiasa ada. Jangan pula jadual itu penuh dengan aktiviti bermain internet pula.
 
Belajar masa pagi
Orang kata, belajar masa pagi elok. Cikgu saya pun kata begitu. Lebih elok sebelum Subuh, kita sudah bangun dan menghadap meja belajar selama setengah jam. Selepas itu, solat subuh dan mandi. Selepas subuh, sambung belajar lagi. Jangan pula sambung tidur selepas Subuh. Nanti jadi bebal.

Rehatkan diri
Jangan terlampau stress. Jangan terlampau obses untuk belajar. Ada juga masa rehat. Saya syorkan awak untuk berehat pada waktu petang dan membuat aktiviti yang berfaedah seperti bermain bola atau bermain badminton.
 
Study smart not study hard 
Akhir sekali, belajarlah dengan cara yang bijak. Jangan belajar secara melampau! Kelak akan memudaratkan diri. Ingatlah, usaha tangga kejayaan. :)
 
Sekian sahaja daripada saya.
Sesiapa yang mahu kongsi, diharap dapat menulis bahawa saya yang menulis tips ini. :)
Jangan pula mahu menipu. Ingatlah, menipu itu satu dosa.
Dengan api pun dah takut. Inikan pula api neraka.
Itu sahaja.
Assalamualaikum. :)
 
Shining the Lightning
Syahirah Suhanna

@captainsuhanna

No comments:

Post a Comment